Pengerusi:
Yang sakit dijenguk-jenguk,
Yang dekat diingat-ingat,
Yang jauh ditinjau-tinjau,
Yang kaya disapa-sapa,
Yang tua dipapah-papah,
Yang berisi beri-memberi,
Yang susah rasa-berasa.
Hadirin, sejak zaman berzaman generasi tua terasuh dengan budaya dan adab sopan yang menitikberatkan nilai-nilai budi bahasa dalam setiap perbuatan dan pergaulan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap terhadap kehidupan berhemah. Malah, dalam pantun Melayu tadi jelas menekankan norma hidup yang begitu menitikberatkan soal budi bahasa. Namun, kini nilai-nilai murni dan budi bahasa semakin terhakis dan adab kesopanan semakin terkikis sehingga kerajaan berasa terpanggil untuk mewujudkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 11 Januari 2005 bagi memulihkan keadaan ini semula. Maka, isu ini membawa kami untuk berbincang tentang tajuk forum yang berbunyi Budi Bahasa: Menangani Kemelut Hakisan Budaya Bangsa. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel kami yang terdiri daripada: Tuan Yap Chin Siong, pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan, Encik Tang Shi Yuan, seorang aktivis masyarakat yang sememangnya arif dalam bidang budaya dan bahasa, Cikgu Lee Ling Huey, guru mata pelajaran Pendidikan Moral, dan Dr Tan Hui San, pakar psikologi.Tanpa berlengah-lengah lagi saya ingin mempersilakan Tuan Yap untuk memberikan definisi budi bahasa. Silakan.
Tuan
Terima kasih pengerusi. Sidang dewan yang dihormati, budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tata tertib akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai individu mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain.
Pengerusi:
Terima kasih Tuan Yap. Prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara pula merupakan nilai murni yang seharusnya diamalkan oleh rakyat
Dr Tan: (1)
Terima kasih pengerusi. Nilai-nilai murni merupakan elemen yang amat penting dalam usaha membangunkan sesebuah negara. Dalam subjek Pendidikan Moral, pelajar dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti berdikari, amanah, bertanggungjawab, kerajinan, berhemah tinggi, dan sebagainya.
Pengerusi:
Terima kasih Dr Tan. Nampaknya hadirin sekalian sudah mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang konsep budi bahasa. Memang mudah untuk difahami tetapi realitinya agak sukar dilihat dalam masyarakat moden yang semakin kompetitif kini. Jadi, ingin saya bertanya kepada Encik Tang, apakah objektif sebenar Kempen Budi Bahasa ini dilancarkan oleh kerajaan?
Encik Tang: (1)
Terima kasih, pengeusi. Saya bersetuju dengan pendapat pengerusi bahawa budi bahasa dalam kalangan masyarakat moden kita semakin luntur. Kaunter perkhidmatan yang sepatutnya menjadi tempat orang awam mendapatkan bantuan dan nasihat telah berubah menjadi tempat kakitangan terbabit melepaskan geram, tekanan emosi dan tekanan kerja mereka. Memang mengecewakan tetapi inilah hakikatnya. Kata orang tua-tua orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Jadi, kempen yang akan digerkkan selama 5 tahun dan dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan wajar memberi peringatan kepada generasi muda betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan nilai murni agar tidak terjemurus dalam kegiatan yang bertentangan dengan budaya murni masyarakat Malaysia. Kempen ini perlu diadakan kerana terdapat anggota masyarakat ini mengamalkan budaya hidup yang tidak beradab.
Pengerusi:
Terima kasih, Encik Tang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelunturan adab sopan generasi kini membimbangkan kita. Bagaimanakah pendapat Cikgu Lee pula dalam hal ini?
Cikgu Lee: (1)
Terima kasih, pengerusi. Memang sifat keakuan yang ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing bermaharajalela di mana-mana sahaja. Budaya yang cukup mudah seperti menghulurkan tangan untuk bersala dengan jiran sewaktu betemu semakin berat untuk diamalkan. Malah amalan memberikan keutamaan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan terutama golongan yang lemah seperti orang tua atau wanita yang sarat mengandung kian terpinggir.
Pengerusi:
Saya bersetuju dengan apa-apa yang dikatakan cikgu tadi. Saya sendiri mempunyai pengalaman pahit ini ketika sedang beratur menunggu teksi. Amat memalukan kerana tingkah laku masyarakat yang memotong barisan ditegur oleh seorang pelancong asing. Apakah pandangan Dr Tan pula?
Dr Tan: (2)
Terima kasih, pengerusi. Saya bersetuju dengan pandangan Encik Tang tadi. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan ini jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai. Mungkin bagi kebanyakkan orang di negara ini, hakisan nilai-nilai murni ini masih belum berada pada tahap kritikal. Hal seumpama ini tidak berlaku di Barat,
Pengerusi:
Terima kasih, Dr Tan. Memang benar negara-negara Barat, Jepun dan
Encik Tang:
Maafkan saya pengerusi.
Pengerusi:
Nampaknya, ada sesuatu yang ingin Tuan Yap nyatakan. Silakan.
Encik Tang: (2)
Pengerusi:
Memang benar apa-apa yang dikatakan oleh Encik Tang tadi. Tokoh ilmuan kita Syed Naquib al Attas pernah berkata bahawa peradaban bermaksud pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat, yakni bukan hanya pencapaian lahirlah semata-mata bahkan juga pencapaian dari aspek rohaniah, tatasusila, dan moral. Apakah pendapat Cikgu Lee pula?
Cikgu Lee: (2)
Terima kasih pengerusi. Budi bahasa melambangkan nilai hidup yang tinggi yang perlu diamalkan semasa berkomunikasi. Nilai murni dalam budi bahasa memberikan kekuatan sosial dan moral, serta membentuk budaya tinggi sesuatu masyarakat. Bangsa yang maju dan mempunyai keterampilan diri mengamalkan bahasa budaya tinggi yang dituturkan dengan cara yang halus, serta menggunakan perkataan dan ayat yang mempunyai nilai estetik, intelektual, dan nilai budaya yang mencerminkan ketamadunan dan kesusilaan bangsa yang berperibadi tinggi.
Pengerusi:
Sidang hadirin, slogan Budi Bahasa, Budaya Kita sentiasa diuar-uarkan dengan lantangnya oleh pihak kerajaan. Jadi, jelaslah budi bahasa merupakan satu elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa. Justeru, dalam hal ini, apakah yang perlu kita lakukan dalam kalangan masyarakat kita? Apakah pendapat Tuan Yap?
Tuan
Terima kasih pengerusi. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk anak-anak supaya membesar dengan akhlak dan safsiah yang terpuji. Kata orang melentur buluh iarlah dari rebung. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak mereka dan perlu bijak mengajar mereka memilih kawan yang baik untuk didekati. Didikan dan bimbingan terhadap anak-anak dalam keluarga tidak ada sukatan pelajarannya dan tidak ada penentuan yang dibuat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah melaksanakan tuntutan keibubapaan, iaitu mendidik anak-anak cara berbudi bahasa dan menanam nilai-niali moral yang baik dalam diri mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Pengerusi:
Terima kasih, Tuan Yap. Bagaimanakah pula peranan pihak sekolah memandangkan banyak masa pelajar dihabiskan di sekolah? Saya rasa Cikgu Lee lebih sesuai untuk menerangkannya.
Cikgu Lee: (3)
Terima kasih, pengerusi. Pada peringkat sekolah, guru-guru juga perlu membantu dalammendidik pelajar mereka untuk berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni kerana banyak masa pelajar dihabiskan di sekolah. Salah satu langkah drastic yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran
Pengerusi:
Terima kasih Cikgu Lee. Budi bahasa yang baik serta nilai-nilai murni perlu dikekalkan untuk mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain. Biarlah kita kekal dengan budaya Timur yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, malah paling sesuai menjadi pegangan dan amalan kita. Seterusnya, apakah pandangan Encik Tang?
Encik Tang: (3)
Terima kasih pengerusi. Bagi pegawai perkhidmatan kaunter hadapan, patutlah selalu mempunyai senyuman yang manis dan mesra. Senyuman itu budi tanpa bicara. Bagi pihak media
Pengerusi:
Terima kasih, Encik Tang. Penjelasan Encik Tang itu mengingatkan saya tentang petikan sebuah lagu dalam iklan televisyan “Senyumlah senyumlah wahai cik Mek Molek”. Bolehkah Encik Tang menerangkan dengan lebih lanjut bagaimanakah kita boleh mencapai objektif ini?
Encik Tang:
Saluran televisyen, radio, dan majalah arus perdana diharapkan menyokong kempen Budi Bahasa melalui rancangan yang sesuai dan artikel yang memberi kesedaran. Usaha kerajaan akan menjadi tempang sekiranya saluran media tidak mahu menjalankan tanggungjawab sosialnya. Program Bersamamu yang disiarkan diTV3 adalah antara program yang mempunyai unsur pemupukan nilai-nilai budi bahasa dalam pendekatan berbeza.
Pengerusi:
Terima kasih Encik Tang. Selain pihak media
Tuan
Tindakan proaktif pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai program lanjutan sejajar Kempen Budi Bahasa seperti seminar, bengkel, dan menerbitkan artikel-artikel berkaitan dalam majalah-majalah keluarannya amat dialu-alukan. Umpamanya, pihak swasta seperti Petronas dan Tenaga Nasional Berhad turut menaja dan menghasilkan iklan-iklan yang mengajak kita menghayati nilai budi bahasa, semangat muhibah dan mewujudkan masyarakat penyayang di samping berhibur.
Pengerusi:
Ya, Dr Tan, sebagai pakar psikologi, tentu doktor pernah membantu remaja bermasalah. Apakah cara yang diambil oleh doktor untuk menangani remaja yang muflis dalam nilai-nilai murni?
Dr Tan: (3)
Ya, memang saya pernah membantu beberapa remaja yang direndam tak basah, dibakar tak hangus. Mereka sentiasa memonteng sekolah, enggan mematuhi peraturan di sekolah dan sering melepak di kafe siber. Sungguh menyedihkan apabila melihat asset negara yang bakal menentukan maju mundurnya negara kita terjerumus dalam gejala buruk ini.
Pengerusi:
Sesungguhnya sifat-sifat asas manusia iaitu berbudi bahasa wajib kita amalkan, baik di sekolah atau di luar sekolah, di dalam perkhidmatan awam atau swasta, tidak kira sama ada pemimpin, yang dipimpin, orang besar atau orang kecil, orang berpangkat atau tidak berpangkat, malah sesiapa sahaja bertanggungjawab mengekalkan nilai budi bahasa itu. Budi bahasa dan amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Semoga langkah-langkah yang diambil dapat kita hayati dan tidak hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama-sama untuk mewujudkan peradaban bangsa yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Izinkan saya sudahi forum kami pada hari ini dengan pantun yang berbunyi:
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Subscribe to
Posts [Atom]
